Krisis kalangan pimpinan di Malaysia

Setakat ini krisis pimpinan MCA berakhir dengan pertautan dan persefahaman diantara 2 arus utama – arus Kee Tiat dan arus Soi Lek. Ini dicapai melalui syura EGM mereka. Krisis Mahathir-Anwar berakhi dengan lebam, penjara, pengaiban, roadshow, kebangkitan rakyat dan Mahathir melepas jawatan PM.

Krisis dikalangan kepimpinan merupakan suatu yang agak lumrah, bukan sahaja pada musim ini di Malaysia dalam parti-parti dan NGO-NGO, malah ia adalah fenomena banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Oleh kerana itu, samada ia berlaku atau tidak, bukanlah suatu yang asing dan menarik perhatian sangat. Akan tetapi cara dan suasana setiap pertubuhan, negara atau empayar itu menyelesaikan krisis tersebut adalah yang menarik perhatian penganalisis. Cara dan suasana krisis itu juga berbeza diantara satu badan dengan badan yang lain.

Di Malaysia, malah di dunia yang mengamalkan organisasi berperlembagaan secara amnya, diantara yang menarik perhatian saya lagi ialah sering krisis dikalangan pimpinan ini ditangani dengan lebih baik oleh perkumpulan bukan-Islam berbanding dengan organisasi Islam itu sendiri, walhal ditangan mereka ada panduan dari Al-Quran dan Al-Hadis.

Krisis pemimpin dalam jemaah Al-Arqam berakhir dengan pemecatan dan tuduhan-tuduhan liar sesama mereka. Krisis pemimpin dalam UMNO, Mahathir-Anwar 1998, menyaksikan perkara-perkara berikut :

(1) Mahathir, dengan kuasa Perdana Menteri, memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan tuduhan salahlaku moral. Pada hari berikutnya, Mahathir, dengan kuasa dan Majlis Tertinggi UMNO, memecat Anwar dari keahlian UMNO, sekaligus menafikan peluang Anwar untuk bertanding jawatan Presiden di AGM terdekat. Kesemua ini berlaku cepat sebelum Anwar dibuktikan bersalah dan diberi peluang membela diri.

(3) Anwar membuat roadshow seluruh negara tetapi kemudiannya di penjara tanpa bicara dibawah ISA. Anwar dibicara atas tuduhan rasuah dan dipenjara 6 tahun.

(4) Walaupun banyak rasa tidak puashati, para perwakilan dan ahli-ahli UMNO tidak membela Anwar secara resmi dalam AGM, samada ketika hukuman 6 tahun penjara belum dijatuhkan keatasnya, maupun setelah Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan 6 tahun selepas tempah penjara tamat.

Krisis dalam pimpinan MCA, walaupun ahlinya dikalangan bukan-Islam, agak menarik perhatian saya dan boleh dijadikan perbandingan dari beberapa perkara :

(1) Soi Lek dipecat serta-merta daripada jawatannya pada 26 Ogos lalu berikutan skandal seks beliau yang dirakamkan dalam cakera padat digital (DVD) awal tahun lalu. Soi Lek mengakui perbuatan terkutuk tersebut, oleh itu terbukti bersalah.

(2) Keputusan Majlis Presiden itu diubah apabila Central Committee (Majlis Tertinggi, MT)MCA memutuskan untuk menggantung keahlian Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta walaupun bekas Menteri Kesihatan itu tidak mengemukakan rayuan.

(3) EGM MCA yang diadakan pada 10 Oktober lalu pula menyaksikan perwakilan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Presiden MCA, Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Soi Lek. Perwakilan ke EGM itu bagaimanapun mengundi untuk tidak mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.

Perbezaan ketara diantara badan Islam, parti atau NGO, berbanding dengan badan bukan-Islam di Malaysia ialah :

(1) Pimpinan badan Islam boleh bertindak walaupun berasaskan tuduhan-tuduhan, manakala pimpinan badan bukan-Islam seperti MCA, bertindak dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan pengakuan bersalah.

(2) Sebarang AGM, EGM, Syura dan badan legislatif seumpamanya, yang mempunyai lebih berkuasa dari badan eksekutif seperti Presiden, Majlis Tertinggi (MT) mampu menjadi badan pengimbang diantara satu sama lain. Malangnya ia berlaku dalam badan bukan-Islam seperti keputusan EGM MCA membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA dsb.

Badan Legislatif (penggubal peraturan) seperti AGM, EGM, Majlis Syura dan seumpamanya sering mewakili kesemua corak dan arus dalam sesebuah organisasi. Ini adalah kerana ia dipilih oleh akar umbi dari sememangnya berbagai corak dan arus. Adapun Badan Eksekutif (pelaksana aktiviti) seperti Presiden, Majlis Tertinggi, Maktab Tanfizi (dalam bahasa Arab, bererti badan pelaksana), AJK dan seumpamanya, ia mungkin mewakili kesemua corak yang ada dalam sesuatu organisasi (Kepimpinan Perpaduan) atau ia mungkin juga dimonopoli oleh sesebuah corak atau arus yang dominan sahaja (Kepimpinan Monopoli). Ini bergantung kepada selera Ketua No.1 yang dipilih, samada hendak membentuk Kepimpinan Perpaduan (seperti di Indonesia) atau Kepimpinan Monopoli (seperti di Malaysia). Organisasi yang berjaya ialah apabila Badan Legislatifnya berperanan demi kepentingan organisasi dan menanungi keseluruhan ahli dan corak mereka. Dengan ini, keutuhan dan kesatuan adalah lebih hampir dapat dicapai. Adapun sekiranya Badan Legislatif membenarkan ia dijadikan alat tunggangan Badan Eksekutif (BE), yang mengiyakan setiap usul, pelan dan tindakan yang dilihat bersesuaian dengan selera(BE)nya sahaja, maka ini meletakkan organisasi tersebut dalam posisi retak menunggu belah, sangat fragile, berlaku ketidakadilan dalam jiwa dan pentadbiran, menimbulkan syak wasangka serta perasaan tidak selamat dan sebagainya. Organisasi seperti ini akan berlegar dalam satu putaran yang sama, tahun demi tahu, tidak ke mana, menanti penghujung jangka hayatnya yang tidak panjang. Contoh badan, parti, gerakan seumpamanya banyak kita dapati di mana-mana.

Kesemua yang saya paparkan diatas adalah aspek sistem. Sebenarnya aspek sistem dengan segala kecanggihan cara pemilihan, pengimbangan kuasa, accountability dan sebagainya tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya keperibadian dan jiwa individu didalam sistem itu sendiri rosak. Kata-kata hikmah ulamak Islam yang masyhur, “Kekadang undang-undang yang tidak sempurna tetapi hukuman yang tepat boleh diputuskan oleh hakim yang taqwa. Sebaliknya kekadang undang-undangnya lengkap tetapi hukumannya tersasar yang diputuskan oleh hakim yang rosak”. Oleh kerana itu asas kita membentuk apa sahaja organisasi, negara dan tamaddun ialah Tarbiyah. Tanpanya, istilah-istilah canggih seperti Legislative, Executive, Judiciary etc hanya tinggal istilah dan harapan, tetapi tidak berpijak dialam nyata dan tidak memberi menfaat kepada bani insan.

Indonesia pilih Kerajaan Perpaduan

Indonesia dibawah pimpinan Presiden Susilo yang baru dipilih semula sekali lagi memilih Kerajaan Perpaduan sebagai kenderaan negara dalam membina tamaddun bagi umat Islam di sana. Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dianggotai oleh kesemua parti-parti yang berpengaruh dalam sesebuah negara, ditunjukkan melalui prestasi keputusan pilihanraya masing-masing, lalu sama-sama membentuk Kabinet dan Exco untuk memimpin umat yang memilih mereka. Lawan kepada Kerajaan Perpaduan ialah Kerajaan Monopoly dimana parti yang memenangi majoriti kerusi atau undi melebihi 50%, walaupun hanya 51% akan membolot kesemua 100% jawatan-jawatan dalam Kabinet diperingkat pusat dan Exco diperingkat negeri.

Kelebihan membina negara menerusi kepimpinan Kerajaan Perpaduan ialah :

(1) Ukhuwwah dikalangan masyarakat lebih terpelihara dan kesatuan umat lebih dekat untuk dicapai. Masyarakat akan menganggap bahawa Pilihanraya adalah hanya satu proses memilih pimpinan yang terbaik berdasarkan prestasi parti masing-masing dalam Pilihanraya. Setelah tamat pilihanraya, parti-parti yang menang mendapat lebih jawatan manakala parti-parti selebihnya mendapat jawatan yang kurang tetapi turut bersama dalam Kabinet dan Exco. Apabila kesemua parti-parti yang terlibat bertaut dan bersatu kembali di dalam Kabinat dan Exco, ahli parti-parti berkenaan dan rakyat di akar umbi juga akan sedemikian. Umat di sesebuah negara yang bersatu adalah lebih kuat dari umat yang bertelagah dan bercerai berai.

(2) Dalam Kerajaan Perpaduan, kesemua parti atau pihak dianggap bersama-sama dalam membangunkan negara dan menentukan agenda umat. Dalam Kerajaan Monopoli, pembangkang sering dituduh sebagai pengacau kepada perjalanan negara, samada semasa perbincangan dalam dewan lebih-lebih lagi didepan pengundi dan rakyat di bandar dan kampung. Banyak wang ringgit, tenaga dan fikiran diperuntukkan kearah melemahkan pihak yang dianggap subversif. Adapun dalam Kerajaan Perpaduan, tanpa prejudis yang berlebihan dan tidak bertempat, fokus Kerajaan yang terbentuk berupa tenaga, fikiran dan wang ringgit boleh difokuskan kepada pembangunan keperibadian insan dan fizikal negara berkenaan.

Kita mengucapkan syabas kepada rakyat Indonesia dan pimpinan mereka kerana memilih Kerajaan Perpaduan sebagai bentuk pemerintahan mereka. Prestasi mereka akan terus dinilai oleh semua pihak, kawan dan lawan. Masa telah lama tiba, sejak dahulu, untuk membangunkan negara Indonesia yang sememangnya negara paling berpotensi di kalangan Negara-negara Islam. Semua maklum, bahawa Indonesia hari ini terpaksa menanggung segala kelemahan dan keperitan pasca-Penjajahan dan era Kerajaan Monopoli di zaman Suharto/GOLKAR, dimana kekayaan negara dirompak, kebajikan rakyat diabaikan, akhlak masyarakat dirosakkan dengan rasuah, maksiat dan sebagainya, aqidah umat dicalar dengan berbagai falsafah. Namun pengalaman Jepun dan Amerika sendiri menunjukkan bahawa untuk memajukan material sesebuah negara sebenarnya tidak perlu mengambil masa yang panjang. Kedua-dua negara gergasi industri berkenaan hanya muncul setelah Perang Dunia KeDua, berbanding banyak negara-negara di Eropah yang telah mula lama sejak zaman Revolusi Perindustrian.

Saya seakan memahami hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS Pusat yang berhasrat untuk mencapai Kerajaan Perpaduan. Bentuk ini juga yang diajak kearahnya oleh gerakan HAMAS di Palestin dihari pertama mereka memenangi 63% kerusi Parlimen di Pilihanraya 25.1.2006, walaupun masih gagal mencapainya hari ini kerana halangan dari Amerika dan Israel menerusi gerakan FATAH. Walaupun apa berbezaan dalaman dalam sesebuah organisasi dan negara, namun tidak ada disana pilihan selain memastikan kesatuan umat terus terpelihara terutama dizaman ini dimana hampir setiap negara menghadapi ancaman negara dan pengaruh luar yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menikam jasad umat Islam dan merobek aqidak dan akhlak mereka.

Pengamatan saya yang dangkal ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS Pusat, dalam hasrat menuju ke arah Kerajaan Perpaduan, mereka terpaksa berdepan dengan keadaan-keadaan berikut :

(1) Keikhlasan UMNO yang dipersoalkan oleh ramai pemerhati. Adakah seruan kearah Kerajaan Perpaduan oleh Presiden UMNO, DS Najib Razak benar-benar untuk menyatukan orang Melayu Islam di Malaysia yang sedang berpecah dan lebih banyak melayan tuntutan pihak bukan-Islam demi merai undi mereka ? Atau ia hanya perangkap atau usaha menyelamat UMNO yang kian terhakis sokongan rakyat, hampir lemas lalu mencari pelampung. Apabila pelampung datang hampir, pelampung akan ditenggelamkan agar ia dapat mucul semula dipermukaan dan boleh bernafas untuk terus hidup ?

(2) DS Anwar Ibrahim dilihat ramai sebagai Perdana Menteri alternatif kepada DS Najib Razak dan mana-mana Presiden UMNO hari ini. Jika berlaku gabungan UMNO-PAS menerajui Kerajaan Perpaduan disamping parti-parti lain di Malaysia, adakah pimpinan PKR boleh menerajui Kerajaan Malaysia dengan menduduki jawatan tertinggi ? Adakah seruan DS Najib kearah Kerajaan Perpaduan sekadar untuk menyahkan DS Anwar dan bukan untuk benar-benar ber”padu” dalam ertikata yang sebenarnya.

DS Anwar Ibrahim memilih agar Pakatan Rakyat mesti mengalahkan Barisan Nasional terlebih dahulu sebelum apa-apa agenda baru seperti “Kerajaan Perpaduan” dan sebagainya dicapai. Sudah tentu tawar menawar politik dengan Barisan Nasional mempunyai perbezaan ketika ia berkuasa dengan ketika ia tidak mempunyai kuasa. Ini sudah tentu. Cuma dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional, sudah tentu banyak layanan terutama kepada pengundi bukan-Islam terpaksa diberi dan dalam banyak hal, jauh melebihi layanan terhadap permintaan pengundi Islam. Pemberian ~1000 ekar tanah di Perak, berbanding ~100 ekar di sana juga adalah salah satu contoh, tanpa perlu menyebut siapa yang medapat durian runtuh berkenaan.

(3) Keputusan undi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS menunjukkan ada 3 arus utama di dalam PAS iaitu yang dipelopori oleh Ustaz Nasharudin Ms Isa, Husam dan Mohd Sabu. Dari jumlah undi, ketiga-tiga arus menampakkan kekuatan yang hampir sama. Aliran Ustaz Nasharuddin atau “Aliran Kepimpinan Ulamak” menyokong hasrat penubuhan Kerajaan Perpaduan demi kekuatan dan masadepan umat Islam di Malaysia. Perpecahan hanya kerana berlainan parti, memonopoli jawatan dalam Kabinet di pusat dan Exco di negeri selama ini lebih banyak menguntungkan pihak lain yang picik, dan merugikan pihak-pihak yang bertelagah. Manakala “Aliran Erdogan” pula lebih memihak kepada strategi PKR pimpinan DS Anwar Ibrahim. Kenyataan Media 10 Wakil Rakyat PAS menolak Kerajaan Perpaduan dan hasrat Presiden PAS sendiri agak menimbulkan tanda tanya kepada saya, walaupun dengan berdokongkan pandangan tokoh PAS yang lain.

Isu politik “Kerajaan Perpaduan” di Malaysia telah berlalu dan banyak pihak telah mengutarakan pendangan atau keluhan hati masing-masing pada masa itu. Namun pembentukan Kerajaan Perpaduan oleh pimpinan rakyat Indonesia yang berlaku semalam tiba-tiba mengajak fikiran saya berfikir sejenak masadepan rakyat Indonesia yang memilih “Kerajaan Perpaduan” dan juga masadepan rakyat Malaysia sendiri yang pimpinan mereka menolak “Kerajaan Perpaduan”.

Semoga Allah swt memelihara kita semua, mengembalikan umat kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih, menyatu dan menguatkan mereka, serta menjadikan mereka semula sebagai pemimpin dan pembimbing dunia seperti umat-umat Islam yang terdahulu. Ameen.

www.inijalanku.wordpress.com

Politik KUASA atau Politik MENDIDIK

Semalam (18/10/2009) ketika saya mendengar berita di ASTRO, Tuan Guru Nik Aziz ada menyatakan bahawa “kita terlalu sibuk dengan politik, isu Melayu, isu ekonomi, sedangkan akhlaq masyarakat makin rosak”. Ini respon beliau terhadap isu 2 kes pembuangan anak di Kelantan.

Kenyataan ini saya kira perlu di ambil perhatian oleh PAS agar mereka jelas penglibatan politik mereka. Politik KUASA atau politik MENDIDIK. Mana yang lebih penting, berjuang utk mendapat jawatan atau berjuang membaiki akhlaq masyarakat. Apa erti kita melaungkan kemenangan di sana sini, tapi bilangan penagih dadah, seks rambang, mat rempit, pembuangan anak, kes meninggalkan solah, semakin menjadi-jadi.

Bagi yang berhujah bahawa kekuasaan itu penting untuk baiki masyarakat, perlu melihat balik seerah Rasulullah s.a.w yang menolak kekuasaan ketika ummat masih belum di didik. Percayalah, kita akan lebih sibuk untuk mempertahankan kekuasaan dari membaiki ummat jika kita berjaya dalam pertandingan politik. Itu adalah lumrah politik. Ini kerana rakyat yang memilih calon atas dasar sentimen, semangatnya tidak akan kekal lama. Dia tidak akan mampu berjuang dan bersama-sama calon ketika senang atau susah. Jika calon tidak memenuhi nafsu saraqah mereka maka mereka akan pilih yang lain. Begitulah seterusnya.

Jika UMNO telah mula melaungkan perubahan, maka PAS lebih perlu berubah dari politik KUASA kepada politik MENDIDIK. Ingat, kita akan di tanya Allah tentang sejauhmana kita mendidik masyarakat bukan banyak mana kuasa yang kita ada !!!

When ridiculous law apprehend friendly help in Michigan

IRVING TOWNSHIP, Mich. – Each day before the school bus comes to pick up the neighborhood’s children, Lisa Snyder did a favor for three of her fellow moms, welcoming their children into her home for about an hour before they left for school.

Regulators who oversee child care, however, don’t see it as charity. Days after the start of the new school year, Snyder received a letter from the Michigan Department of Human Services warning her that if she continued, she’d be violating a law aimed at the operators of unlicensed day care centers.

“I was freaked out. I was blown away,” she said. “I got on the phone immediately, called my husband, then I called all the girls” — that is, the mothers whose kids she watches — “every one of them.”

Snyder’s predicament has led to a debate in Michigan about whether a law that says no one may care for unrelated children in their home for more than four weeks each calendar year unless they are licensed day-care providers needs to be changed. It also has irked parents who say they depend on such friendly offers to help them balance work and family.

On Tuesday, agency Director Ismael Ahmed said good neighbors should be allowed to help each other ensure their children are safe. Gov. Jennifer Granholm instructed Ahmed to work with the state Legislature to change the law, he said.

“Being a good neighbor means helping your neighbors who are in need,” Ahmed said in a written statement. “This could be as simple as providing a cup of sugar, monitoring their house while they’re on vacation or making sure their children are safe while they wait for the school bus.”

Snyder learned that the agency was responding to a neighbor’s complaint.

Granholm spokeswoman Liz Boyd said the agency was following standard procedure in its response. “But we feel this (law) really gets in the way of common sense,” Boyd said.

“We want to protect kids, but the law needs to be reasonable,” she said. “When the governor learned of this, she acted quickly and called the director personally to ask him to intervene.”

State Rep. Brian Calley, R-Portland, said he was working to draft legislation that would exempt situations like Snyder’s from coverage under Michigan’s current day care regulations.

The bill will make it clear that people who aren’t in business as day care providers don’t need to be licensed, Calley said.

“These are just kids that wait for the bus every morning,” he said. “This is not a day care.”

Snyder, 35, lives in a rural subdivision in Barry County’s Irving Township about 25 miles southeast of Grand Rapids. Her tidy, comfortable three-bedroom home is a designated school bus stop. The three neighbor children she watched — plus Snyder’s first-grader, Grace — attend school about six miles away in Middleville.

Snyder said she started watching the other children this school year to help her friends; they often baby-sit for each other during evenings and weekends.

After receiving the state agency’s letter, she said she called the agency and tried to explain that she wasn’t running a day care center or accepting money from her friends.

Under state law, no one may care for unrelated children in their home for more than four weeks each calendar year unless they are licensed day-care providers. Snyder said she stopped watching the other children immediately after receiving the letter, which was well within the four-week period.

“I’ve lived in this community for 35 years and everyone I know has done some form of this,” said Francie Brummel, 42, who would drop off her second-grade son, Colson, before heading to her job as deputy treasurer of the nearby city of Hastings.

Other moms say they regularly deal with similar situations.

Amy Cowan, 34, of Grosse Pointe Farms, a Detroit suburb, said she often takes turns with her sister, neighbor and friend watching each other’s children.

“The worst part of this whole thing, with the state of the economy … two parents have to work,” said Cowan, a corporate sales representative with a 5-year-old son and 11-month-old daughter. “When you throw in the fact that the state is getting involved, it gives women a hard time for going back to work.

“I applaud the lady who takes in her neighbors’ kids while they’re waiting for the bus. She’s enabling her peers to go to work and get a paycheck. The state should be thankful for that.”

Amy Maciaszek, 42, of McHenry, Ill., who works in direct sales, said she believes the state agency was “trying to be overprotective.”

“I think it does take a village and that’s the best way,” said Maciaszek, who has a 6-year-old boy and twin 3-year-old daughters. “Unfortunately you do have to be careful about that. These mothers are trying to do the right thing.”

___

Associated Press writers Randi Goldberg Berris and David Runk in Detroit and Kathy Barks Hoffman in Lansing, Mich., contributed to this report.

NURTURING CORPORATE LEADERS

bp515041Nurturing Corporate Leaders

Are we living the values that we need for our future?

 

            Did you ever imagine one day you will be working for a big company with*earning* millions in revenue? Perhaps you are in one of its best teams of engineers or technocrats*nice word* which are deeply valued by the company. You have a bountiful paycheque along with other lavish benefits and a high-priced retirement scheme. However, all this requires a respectable “fruits from your work”. Thus, you must perform well in your position for the company to see that you are worth pampering*keeping*.

 

            A career in any company requires one of the most sought after values among employees: leadership. Leadership has many shapes and forms depending on situation and people. When we talk about leadership in companies we are talking about corporate leadership. It is different than, let’s say political leadership because it needs more ‘management’ and ‘steering’ principals rather than ‘influence’. It can be interconnected with many basic fundamentals of leadership but the challenge is definitely diverse.

 

Actually, the principals of corporate leadership can be implemented in our everyday lives. The remaining part of this article will tackle the practical steps that we can take as students to inculcate corporate leadership, as our own personal training for our future.  There are two fundamental elements in corporate leadership *:*which are professionalism and management *skills*.

 

Professionalism is a common practice in today’s corporate world. More and more companies are looking forward to train their employees in professionalism. They know that professional employees can be more productive, independent, and reliable. Professionalism asks one to be ethical and proactive at work. In a student’s life, we have to be ethical in assignments, quizzes and even*especially* examinations. Despise copying or plagiarizing and value discussion and research*nice*.  The notion that you will get low coursework marks*without the former* is not true because it is proven that students with more integrity are more likely to consistently improve compared to those who simply cheat. You just need to be confident that the value of integrity that you are practising today will benefit you very much in your future as corporate leaders.

 

Being proactive too is a part of professionalism. Proactive here means to be able to do more than what is required; adding value to any task given. This will benefit not only the company, but will greatly enhance one’s knowledge. From a student’s point of view, we can add value to our assignments, projects, lab reports and group activities. For example, in a lab report, you can include historical remarks or professional reviews by any sources about the experiment instead of reporting the results only. Consulting lecturers is considered a proactive step too. It shows that one is determined to improve, which is another winning quality in the corporate world. The desire to learn independently greatly enhances mastery in specific fields. A sound grab of all the basic and specific knowledge in a certain field lifts up the quality of one’s work.

 

 

            The second crucial element in corporate leadership is management *skills*. This includes time management, work prioritization, and delegation skills. A good corporate leader must possess *sufficient* management capabilities to materialise*complete* the never ending to-do list. Talking about time management, it is beyond doubt important to both students and corporate leaders. As students, spend time well on studying and social activities, *including* religion. It is not wrong to be participative in social activities, but at the same time do not let go of your academic responsibilities. Students need to wisely balance the two so as to be successful in both endeavours.

 

            Work prioritization is another management technique practiced by professionals that can be used by students. Students often are cramped with tremendous amount of academic tasks and social obligations. What we can do is to arrange those tasks according to their importance and urgency. This might give us somewhere to start. Prioritizing enables us to fully utilize our time according to the workload that we have. If things get too messy, you can delegate your tasks to your subordinates in the case of organizing events or club activities. This will help to distribute the job to different shareholder*members* of the club or event. However, to delegate tasks, students need to consider the capabilities of your subordinates so that the job would not remain hanging in the air later.

 

            Through consistent practice of these elements, students can expand the corporate values within themselves and by the time you graduate, you are ready for the corporate challenges as corporate leaders.

 

*maybe highlight the important points like professionalism and management etc*

When Muhyiddin says…Nik Aziz pays

MALACCA: Tan Sri Muhyiddin Yassin chided PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat for saying that DAP leaders could insult Islam. This, the Umno deputy president said, could lead to racial discord.

“I am puzzled and shocked as to why a spiritual leader did not oppose some DAP leaders for insulting Islam but argued that they (the DAP leaders) did not know much about the religion,” said Muhyiddin.

“We should not be condemning other religions, whether we are Muslims or non-Muslims,” he told reporters after officiating the national-level Farmers, Breeders and Fisher-men Day celebrations at the MITC in Ayer Keroh yesterday.

He said Nik Aziz’s statement meant that he had compromised his religious convictions for politics. The Deputy Prime Minister said the PAS leader should have taken the matter up with his counterparts in Pakatan and admonished the DAP leaders from making statements against another’s religion.

“If a Muslim starts babbling against the Christians, we (Barisan Nasional) would say ‘don’t do it’. This is because we have lived together for a long time and do not want to cause disharmony.

“If Nik Aziz’s edict is to be followed, then Malaysia would be ruined,” he added.

-the star-

DEBAT ALAM SEKITAR 2009

LOGO_08

Untuk maklumat lanjut sila layari blog DAS09.

http://debatalamsekitar2009.blogspot.com/

How do you picture if PAS, DAP or Keadilan is the government?

malaysia

I had a chat with a friend in Australia sometimes ago, he said he is a PAS supporter but keeping an open mind of whatever happens in the political scene.

So I said, I’m not favouring any sides but I’m happy with my current life and which means i’m satisfied with our current government now.

So he said again, what if the government is ruled by other parties, can you picture it?

I began to picture what happens if Pas won. I’ll be living in poverty and all the women in malaysia will have to cover up their whole body. The Putraya will be sold to some foreigners as they don’t need them. Johor will be treated like garbage like what Barisan Nasional doing now to Kelantan.

And what if DAP rule this country? I’ll be free to say shitty things and call people names like what they do it in the parliament. Islam teachings will be ruled out. No Islamic things here and there, no room for it they will say.

As for Keadilan, more Harvey Milk will blossom to the malaysia political scene. Fighting their rights for gay marriage, lesbian and such. That’s what they do right? fighting for rights (berjuang untuk keadilan in malay). The streets will be crowded with angry people, vandalizing everything in their way, making havoc everytime they disagree with the government.

So tell me what you think, my dear readers. I apologize if my opinion offended you somehow, but truth be told, that’s the stereotype that many of us have in mind.

Share your views and ideas. Voice up your internal opinion in a mannered way. Looking forward for our open debate.

“How do you picture if PAS, DAP or Keadilan is the government?”

-by todaymalaysia.wordpress