BERTIKAM LIDAH SECARA PROFESIONAL:MAMPUKAH SHABERY?

Pada 15 Julai ini akan diadakn debat terbuka antara Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas usul:

Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ‘

Saya sangat besetuju dengan usaha untuk menganjurkan debat sebegini kerana melalui perdebatan terbuka lebih mudah sesuatu kebenaran itu dapat ditunjukkan. Hal ini jugalah apa yang menjadi tonggak wujudnya blog OPEN DEBATE ini.

Dalam soal minyak, rakyat harus mendapat penerangan sejelas-jelasnya sama ada tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sehingga 40% itu wajar atau tidak. Isu minyak memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat; penggunaan kenderaan seharian, peningkatan harga barangan makanan dan peningkatan produk pengguna yang lain.

Beban pembuktian yang digalas oleh DSAI ialah membuktikan bahawa omongannya tentang penurunan harga minyak selepas sehari mengambil alih kuasa adalah mampu dilaksanakan. Yang menjadi taruhan ialah kredibilitinya untuk membuktikan ‘feasibility’ kenyataanya itu, jika beliau gagal maka kebangkitan tsunami perubahan yang dibawanya akan tercalar di kaca mata rakyat. Saya berpendapat beliau juga perlu berhujah mempersoalkan tindakan kerajaan itu, tetapi pemberatan isu harus lebih kepada membuktikan apa yang beliau kata mampu dikota. Melihat kepada tajuk perdebatan ini, semangnya berat sebelah, bermakna DSAI pelu membuktikan dua perkara; tindakan kerajaan salah dan kenyataan yang dibuatnya mampu dicapai.

Di sebelah pihak Datuk Ahmad Shabery Cheek pula, beliau perlu membuktikan yang tindakan kerajaan itu betul bak kata beliau, “

“Saya adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab untuk pertahankan dan jelaskan dasar kerajaan, saya bukan Menteri yang nak jaga airtime ,drama,artis atau konsert sahaja

Namun dalam hal ini, kerumitan itu berada pada pihak YB Shabery kerana untuk mempertahankan hujah, beliau perlu berbekalkan fakta-fakta, penyata kewangan kerajaan, penyata kewangan Petronasdan sebagainya sebalum berdebat. Beliau wajib menjawab segala isu spekulasi yang dimainkan pembangkang dan tersebar luas dalam kalangan rakyat walau sekecil mana sekalipun. tudahan seperti rasuah, kronism Perdana Menteri, keborosan BN perlu diberikan penjelasan yang terang dan tepat. Dalam mana-mana debat sekalipun, usah mempertahankan polisi dan konsensus yang telah diluluskan adalah sukar kerana untuk mencari kelemahan itu lebuh mudah.

Secara keseluruhannya, perdebatan ini adil kerana Anwar juga perlu mempertahankan hujahnya iaitu “hari ini memerintah, esok minyak turun”. setelah dianalisis, tajuk ini tidaklah terlalu berat sebelah kerana DSAI perlu mempertahankan satu hujah;menurunkan harga minyak manakala YB shabery juga satu hujah;tindakan kerajaan itu betul.

DSAI hanya perlu mempertikaikan kenaikan harga minyak tersebut manakala Shabery pula mempertikaikan kesahihan kenyataan DSAI seperti yang sedia maklum.

Walau apapaun, perdebatan isi pasti ditunggu-tunggu ole semua pihak. Berdasarkan kredibiliti kedua-duanya dalam berpidato dan berhujah, ianya pasti menarik dan membuka mata semua.

Namun kalau dinilai dari segi pengalaman, ternyata Anwar asa kelebihan. pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, beliau pasti sudah masak dengan susun atur perbelanjaan kerajaan. Sememangya Anwar ada added advantage disini. Shabery pula baru pertama kali memegang jawatan menteri, masih muda dalm selok belok pengurusan kerajaan. Namun beliau pernah juga menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan tetapi tidaklah setinggi Anwar ibrahim.

Siapa yang akan lebih menyerlah?

10 Responses

  1. hey ash037..where did u get that anwar’s photo..he’s wearing ‘the tie’..u know it right?

  2. shabery’s tie??

  3. Harap DSAI akan berjaya dalam debate ini.Kami percaya DSAI akan dapat memberi input yang banyak dan mampu menengelamkan kebobbrokan yang dilakukan oleh kerajaan lebih lebih lagi dibawah pemimpin yang penuh dengan skandal yang memualkan

  4. dAH TGK N dengar “secara live”perdebatan yang di tunggu tunggu ni tadi,,,,,sebagai salah seorang yang dewasa dan mampu berfikir secara logik, secara keseluruhannya perdebatan tadi lebih membuka mata dan fikiran rakyat tentang sesuatu yang dinamakan keadilan dan perlaksanaan yang baik adalah perlu untuk semua rakyat Malaysia,,,Jawapan dan hujah-hujah yang di beri oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang meyakinkan bagi pihak kerajaan sekarang ini….dia perlu lebih berpengetahuan dan Orang yang paling layak untuk berdebat bersama DSAI ialah Perdana Menteri kita,,,,Perdana Menteri lebih mampu memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat. Pak Lah pasti lebih mendengar ” isi hati” rakyat,,,,,,,

  5. sungguh profesional DSAI menjawab walaupun c menteri menyerang isu peribadi dan x reti menjawab soklan yang diberi. wahai rakyat malaysia,dari:
    1)golongan atasan (lupakan kepentingan diri sendiri) 2)golongan pertengahan (jangan takotkan ugutan)
    3)golongan bawahan (bukakanlah minda dan fikirkan lah)

    daripada apa yang diperdebatkan. kita semua masing2 dikurniakan akal utuk mempertimbangkan fakta yg didebatkan (adakah berfakta c menteri berdebat?). kita masing2 boleh berfikir jika semua gol di malaysia mampu menjadikan saranan didalam () diatas direalisasikan.

  6. Shabery memang KALAH darisegi credibility dan tidak menjawab soalan ngan fakta dan teratur…Shabery asyik mengungkitkan kisah silam Anwar yg bukan dlm topik perdebatan, menunjukkan habis modal nak debat…sangat kebudak-budakan. Anwar pula cakap ngan fakta dan menjawab soalan ngan jelas dan teratur..professional..

    itu pemerhatian pakcik….of course I will always pray for the present government to be able to manage and run this country with wisdom and integrity.

  7. yea…
    saya jgk sempat menyaksikan debat semalam…
    kelihatan Dato Shabery Chik lebih cenderung mengaitkan kisah Peribadi DSAI drpd menyampaikan fakta…
    adakah ini dikatakn profesional dlm satu perdebatan???
    nampaknya Dato Shabery x mampu lg utk menandingi DSAI..

  8. Sayang sekali Pak Menteri tidak berjaya memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan BN melalui forum debat malam tadi…. kerana beliau telah menggunakan taktik taktik ‘hitting below the belt’. Kualiti debat daripada pihak kerajaan ini juga seringkali dilihat diParlimen. Dengan menggunakan cara ini Pak Menteri dengan tak secara langsung memperkecilkan keupayaan rakyat Malaysia untuk berfikir secara waras, objektif dan adil.

  9. Persembahan Dato’ Shabery agak mengecewakan dan Anwar pula tampak profesional.

    BUT who ever wins, we all lose (rakyat) because of the rocketing fuel price increase.

  10. slm,
    suka sy nyatakan sy ingin tahu dan ingin lihat pada akhirnya, ke mana pergi hasil debat ini.bermakna,adakah perkongsian idea yg diprsmbahkn DSAI boleh dgunapakai atau tidak. mungkin kita perlukan kenyataan pakar2 ekonomi negara adakah ’suggestions’ yg dberitahu DSAI mampu dilaksanakan atau tidak. dan bagaimana kesediaan krajaan utk mnilai sjauh mana idea2 itu akan dilaksanakan..wallahua’lam..

Leave a Reply