- Akuan bersumpah atau Akuan berkanun merupakan pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 ( Pindaan 1969)
- Seseorang yang mengikrarkan Akuan Bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan dokumen berkenaan.
- Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah, atau tertakluk kepada Seksyen 4 akta Notari Awam 1959 ( Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerimaAkuan Bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut borang akuan.
- Seseorang yang membuat apa-apa Akuan Bersumpah menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960, hendaklah membayar kepada pihak yang mengambil akuan itu sejumlah fee sebagaimanayang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
- Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati palsu setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat Akuan Bersumpah itu boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 kanun Keseksaaan.
- Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut adalah penjara maksimum 7 tahun dan denda.
- Sekiranya Akuan Bersumpah digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat Akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan denda.
UTUSAN
Filed under: Politics, Press Freedom | Tagged: balasubramaniam, najib, rosmah, statutory declaration


























Saya yakin rakyat dapat pendedahan yang betul apabila debat dapat dilaksanakan, kerana banyak maklumat yang rakyat kini nantikan dari isu tersebut.