Sedang parti-parti komponen komponen Barisan sibuk memilih calon untuk memduduki kerusi-kerusi kuasa dalam parti masing-masing, saya tertanya-tanya, apakah mereka terfikir bahawa yang mereka pilih itu, bakal juga menduduki kerusi-kerusi pemerintahan yang akan menentukan untung rugi negara Malaysia ini?
Ataupun undi yang mereka beri itu hanya untuk membodek ‘orang-orang besar’ dalam parti mereka itu?Walaupun kenyataan ini terlalu umum dan tidak melambangkan semua ahli parti-parti pemerintah itu, namun mungkin ada kebenaran disebaliknya.
Namun, saya percaya bahawa mereka itu bijaksana dan mampu membuat pilihan yang terbaik dalam menentukan siapa yang harus menerajui parti-parti mereka itu dan seterusnya menerajui negara ini.
Perkara yang kita tidak mahu terjadi ialah, dek kerana pertelingkahan dan ketamakan kuasa pada peringkat parti-parti itu, maka orang yang tidak berkeupayaan pula yang dipilih untuk menduduki kerusi-kerusi kuasa. Maka, padahnya pada seluruh rakyat Malaysia. Kelembapan pembangunan, rasuah dan kronism.
Satu lagi fenomena yang paling kita takut ialah unsur politik wang dalam pemilihan dalam parti-parti tersebut. Budaya (sememangnya telah menjadi budaya), ini tidak demokratik dan mengundang kepada politik wang yang sama sekali tidak sihat untuk negara ini.
Untuk membuktikan hal ini, sememangnya sukar dicari. Sedangkan polis dan BPR pun sukar mencari fakta kes, inikan pula seorang blogger. Tetapi, nasihat dan peringatan ini dituju kepada semua ahli politik BN. Buatlah pilihan dan perubahan kerana pada masa hadapan mungkin kerusi-kerusi kuasa itu bukan kamu lagi yang memegang haknya.
Filed under: Politics, Social Issues | Tagged: Barisan Nasional, BN, Gerakan, Independence, MCA, nation, POLITICAL PARTIES, Umno

























