Setakat ini krisis pimpinan MCA berakhir dengan pertautan dan persefahaman diantara 2 arus utama – arus Kee Tiat dan arus Soi Lek. Ini dicapai melalui syura EGM mereka. Krisis Mahathir-Anwar berakhi dengan lebam, penjara, pengaiban, roadshow, kebangkitan rakyat dan Mahathir melepas jawatan PM.
Krisis dikalangan kepimpinan merupakan suatu yang agak lumrah, bukan sahaja pada musim ini di Malaysia dalam parti-parti dan NGO-NGO, malah ia adalah fenomena banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Oleh kerana itu, samada ia berlaku atau tidak, bukanlah suatu yang asing dan menarik perhatian sangat. Akan tetapi cara dan suasana setiap pertubuhan, negara atau empayar itu menyelesaikan krisis tersebut adalah yang menarik perhatian penganalisis. Cara dan suasana krisis itu juga berbeza diantara satu badan dengan badan yang lain.
Di Malaysia, malah di dunia yang mengamalkan organisasi berperlembagaan secara amnya, diantara yang menarik perhatian saya lagi ialah sering krisis dikalangan pimpinan ini ditangani dengan lebih baik oleh perkumpulan bukan-Islam berbanding dengan organisasi Islam itu sendiri, walhal ditangan mereka ada panduan dari Al-Quran dan Al-Hadis.
Krisis pemimpin dalam jemaah Al-Arqam berakhir dengan pemecatan dan tuduhan-tuduhan liar sesama mereka. Krisis pemimpin dalam UMNO, Mahathir-Anwar 1998, menyaksikan perkara-perkara berikut :
(1) Mahathir, dengan kuasa Perdana Menteri, memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan tuduhan salahlaku moral. Pada hari berikutnya, Mahathir, dengan kuasa dan Majlis Tertinggi UMNO, memecat Anwar dari keahlian UMNO, sekaligus menafikan peluang Anwar untuk bertanding jawatan Presiden di AGM terdekat. Kesemua ini berlaku cepat sebelum Anwar dibuktikan bersalah dan diberi peluang membela diri.
(3) Anwar membuat roadshow seluruh negara tetapi kemudiannya di penjara tanpa bicara dibawah ISA. Anwar dibicara atas tuduhan rasuah dan dipenjara 6 tahun.
(4) Walaupun banyak rasa tidak puashati, para perwakilan dan ahli-ahli UMNO tidak membela Anwar secara resmi dalam AGM, samada ketika hukuman 6 tahun penjara belum dijatuhkan keatasnya, maupun setelah Anwar didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan 6 tahun selepas tempah penjara tamat.
Krisis dalam pimpinan MCA, walaupun ahlinya dikalangan bukan-Islam, agak menarik perhatian saya dan boleh dijadikan perbandingan dari beberapa perkara :
(1) Soi Lek dipecat serta-merta daripada jawatannya pada 26 Ogos lalu berikutan skandal seks beliau yang dirakamkan dalam cakera padat digital (DVD) awal tahun lalu. Soi Lek mengakui perbuatan terkutuk tersebut, oleh itu terbukti bersalah.
(2) Keputusan Majlis Presiden itu diubah apabila Central Committee (Majlis Tertinggi, MT)MCA memutuskan untuk menggantung keahlian Soi Lek selama empat tahun berkuat kuasa serta-merta walaupun bekas Menteri Kesihatan itu tidak mengemukakan rayuan.
(3) EGM MCA yang diadakan pada 10 Oktober lalu pula menyaksikan perwakilan meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Presiden MCA, Tee Keat dan membatalkan keputusan Majlis Presiden untuk memecat Soi Lek. Perwakilan ke EGM itu bagaimanapun mengundi untuk tidak mengembalikan jawatan Timbalan Presiden kepada Soi Lek.
Perbezaan ketara diantara badan Islam, parti atau NGO, berbanding dengan badan bukan-Islam di Malaysia ialah :
(1) Pimpinan badan Islam boleh bertindak walaupun berasaskan tuduhan-tuduhan, manakala pimpinan badan bukan-Islam seperti MCA, bertindak dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan pengakuan bersalah.
(2) Sebarang AGM, EGM, Syura dan badan legislatif seumpamanya, yang mempunyai lebih berkuasa dari badan eksekutif seperti Presiden, Majlis Tertinggi (MT) mampu menjadi badan pengimbang diantara satu sama lain. Malangnya ia berlaku dalam badan bukan-Islam seperti keputusan EGM MCA membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA dsb.
Badan Legislatif (penggubal peraturan) seperti AGM, EGM, Majlis Syura dan seumpamanya sering mewakili kesemua corak dan arus dalam sesebuah organisasi. Ini adalah kerana ia dipilih oleh akar umbi dari sememangnya berbagai corak dan arus. Adapun Badan Eksekutif (pelaksana aktiviti) seperti Presiden, Majlis Tertinggi, Maktab Tanfizi (dalam bahasa Arab, bererti badan pelaksana), AJK dan seumpamanya, ia mungkin mewakili kesemua corak yang ada dalam sesuatu organisasi (Kepimpinan Perpaduan) atau ia mungkin juga dimonopoli oleh sesebuah corak atau arus yang dominan sahaja (Kepimpinan Monopoli). Ini bergantung kepada selera Ketua No.1 yang dipilih, samada hendak membentuk Kepimpinan Perpaduan (seperti di Indonesia) atau Kepimpinan Monopoli (seperti di Malaysia). Organisasi yang berjaya ialah apabila Badan Legislatifnya berperanan demi kepentingan organisasi dan menanungi keseluruhan ahli dan corak mereka. Dengan ini, keutuhan dan kesatuan adalah lebih hampir dapat dicapai. Adapun sekiranya Badan Legislatif membenarkan ia dijadikan alat tunggangan Badan Eksekutif (BE), yang mengiyakan setiap usul, pelan dan tindakan yang dilihat bersesuaian dengan selera(BE)nya sahaja, maka ini meletakkan organisasi tersebut dalam posisi retak menunggu belah, sangat fragile, berlaku ketidakadilan dalam jiwa dan pentadbiran, menimbulkan syak wasangka serta perasaan tidak selamat dan sebagainya. Organisasi seperti ini akan berlegar dalam satu putaran yang sama, tahun demi tahu, tidak ke mana, menanti penghujung jangka hayatnya yang tidak panjang. Contoh badan, parti, gerakan seumpamanya banyak kita dapati di mana-mana.
Kesemua yang saya paparkan diatas adalah aspek sistem. Sebenarnya aspek sistem dengan segala kecanggihan cara pemilihan, pengimbangan kuasa, accountability dan sebagainya tidak mempunyai makna apa-apa sekiranya keperibadian dan jiwa individu didalam sistem itu sendiri rosak. Kata-kata hikmah ulamak Islam yang masyhur, “Kekadang undang-undang yang tidak sempurna tetapi hukuman yang tepat boleh diputuskan oleh hakim yang taqwa. Sebaliknya kekadang undang-undangnya lengkap tetapi hukumannya tersasar yang diputuskan oleh hakim yang rosak”. Oleh kerana itu asas kita membentuk apa sahaja organisasi, negara dan tamaddun ialah Tarbiyah. Tanpanya, istilah-istilah canggih seperti Legislative, Executive, Judiciary etc hanya tinggal istilah dan harapan, tetapi tidak berpijak dialam nyata dan tidak memberi menfaat kepada bani insan.

























