ihsan : bersumberkan ceramah di Bukit Sentosa,dari akhbar Suara Keadilan
Ahli Parlimen Rasah dari DAP,Antony Loke hari ini membuat pendedahan terbuka bahawa DAP ternyata *anti-Islam dan anti-Melayu*.Perkara ini sangat ketara berlaku terutamanya di Pulau Pinang dibawah pemerintahan *komunis* Lim Guan Eng.
Antara bukti bukti yang beliau sebut ialah :
- Selepas menawan P.Pinang pada tahun 2008,DAP dengan *biadapnya* menaikkan peruntukan untuk Majlis Agama Islam P.Pinang dari RM12 juta kepada RM24 Juta.Mereka jadi semakin kurang ajar pada tahun 2009 kerana menambah peruntukan kepada RM25 Juta.
- Kerajaan Lim Guan Eng dengan *cauvinisnya* telah menaikkan gaji guru guru KAFA diseluruh P.Pinang.
- Guan Eng turut memberi bantuan kepada sekolah sekolah agama rakyat di samping memberi sumbagan memperbaiki makmal makmal sains sekolah agama persendirian di Permatang Pauh.
- Dalam memerangi kemiskinan,Kerajaan Komunis P.Pinang ini telah memberi bantuan kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM500. Jika kurang maka kerajaan Negeri akan top-up jadi RM500. 90% penerima skim ini adalah melayu.
- Memberi saguhati kepada seluruh warga emas di P.Pinang sebanyak RM100.
Barisan Nasional yang memimpin kerajaan pusat pula terkenal dengan perjuangan membela agama,bangsa dan negaranya. Barisan Nasional ternyata jauh lebih hebat dari DAP kerana DAP ini kafir,manakala BN ni Islam hadhari. Anthony Loke mendedahkan lagi bahawa ;
- Parlimen meluluskan tambahan belanjawan sebanyak RM10 Billion termasuk hasil cukai judi haram bagi menampung perbelanjaan negara yg tidak berhemah oleh kerajaan BN.
- Jurang defisit semakin melebar kerana hasil tidak cukup jadi perlu top-up dengan hasil cukai judi.
- Apabila beliau menyoal di parlimen mengapa judi ditambah,tak ada pun wakil rakyat UMNO yang bangun menjawap.
- Bila ditanya berapa banyak keuntungan kerajaan dari cukai judi,kementrian menjawap Negara mengaut keuntungan bersih RM 1.2 Billion dari cukai judi nombor 4 ekor sahaja. Hebatkan??
- Kerajaan pada tahun ini dan tahun lepas telah menambah bilangan cabutan khas judi (special draw) dari 3 hari kepada 4 hari seminggu untuk meningkatkan rezeki negara. ternyata banyak sekali duit judi dalam kewangan negara ni.
- Bila menteri ditanya kemana duit cukai ini dibelanjakan,menteri menjawap wang cukai diguna untuk pembangunan negara,kebajikan sosial,sukan dan PEMBINAAN RUMAH IBADAT.
hebatkan Kerajaan Barisan Nasional? Tak sangka pulak Ahli Parlimen DAP yang kafir pun ambil berat pasal judi tapi UMNO-BN yang merupakan pejuang agama boleh kasi lepas,malah menggiatkan perjudian. Jadi mari sama sama kita *beri sokongan* kepada UMNO Barisan Nasional supaya judi semakin subur dan pendapatan negara semakin meningkat.Ini selari dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara Berpendapatan TInggi.



The sarcasm makes this article rather hard to read. Though there are some interesting facts in it. Could you provide some links to his actual speech content?
Ala..belum dpt camtuh laa..beli jiwa org melayu dulu…dah dapat jadi la cam melayu singapura..
blah la lu antu pakatan!
Mari saksikan sejauh mana kahwin mut’ah sesama mereka dalam pakatan ini akan berlangsung.